SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN MAT KILAU ...............SEDERAP KEHADAPAN MENUJU KECEMERLANGAN.............

 

Saturday, September 14, 2019

REFLEKSI PERDANA

Tarikh : 22 Ogos 2019
Masa : 7.30 pg - 1.00 ptg
Tempat : Dewan SK Bunut Rendang
Perasmi : Tuan Hj. Miftar b. Hj. Surif AMP.... Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan


QURANIC CIRCLE (mingguan)

Tarikh : 21 Ogos 2019
Masa : 7.20- 7.40 pg


UJIAN SEGAK

Tarikh : 6 hingga 8 Ogos 2019
Masa : 8.00 - 10.00 pg
Penglibatan : Murid tahun 4, 5 dan 6

KARNIVAL CHEF CILIK

Tarikh : 6 Ogos 2019
Masa : 12.00 - 1.45
Penglibatan : Murid Kelab dan Persatuan.










Wednesday, September 4, 2019

Thursday, August 1, 2019

Monday, July 29, 2019

Program PIBG TS25 (Cakna Anakku Sayang)

Tarikh / Masa : 27 Julai 2019 ( 8.30 pg - 12.30 tgh )
Tempat : dewan Tun Teja SKMK
Penglibatan : Ibubapa Murid Tahun 6


Taklimat CPD PBPP

Tarikh : 25 Julai 2019
Masa : 1.30 - 3.00 ptg
Hari : khamis
Tempat : Bilik Gerakan SKMK
Sasaran : semua guru
Penceramah : Pn Sarimah bt. Samah (GPK Pentadbiran )


Taklimat Peperiksaan UPSR

Tarikh : 26 Julai 2019
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Taming Sari SKMK
Penceramah : Pn. Ramlah bt. Ramali ( SU Peperiksaan )
Sasaran : Semua murid Tahun 6.



Surprise Party

Hari Lahir... GB, Cikgu Mohd Fuad, cikgu Wan Azriza Hirmy dan cikgu Noroslina


Bengkel TS25 Modul 8

Tarikh : 14  - 18 Julai 2019
Tempat : TELTRAC Terengganu
Anjuran : Kementerian Pendidikan Malaysia
Penglibatan ; Guru dan Penyelaras TS25




Taklimat Faber Castell

Tarikh : 23 Julai 2019
Hari : Selasa
Tempat : dewan Taming Sari SKMK
Sasaran : Semua murid tahun 6




Tuesday, July 23, 2019

Kisah para sahabat

Kisah ini berlaku ke atas seorang yang bernama Abu Nawas. Dia telah didatangi oleh seorang pemuda yang ingin memohon maaf kepada beliau tentang fitnah yang telah disebarkannya ke atas Abu Nawas. Lalu Abu Nawas menyuruh pemuda itu pergi dari tempat tersebut tanpa menghiraukan perkara2 fitnah yang telah di lakukan oleh pemuda itu terhadap Abu Nawas. Namun pemuda tersebut enggan beredar sebelum Abu Nawas memaafkan dosanya yg memfitnah Abu Nawas.
Abu Nawas lalu memaafkan pemuda tersebut tetapi dengan beberapa syarat yang mesti pemuda itu penuhi. Abu Nawas pun memberikan dua syarat kepada pemuda tersebut, syarat yang pertama ialah pemuda itu mestilah mengoyakkan bantal yang akan diberikan kepadanya. Setelah pemuda itu mengoyakkan bantal tersebut, dia kembali kepada Abu Nawas untuk mendengar syarat yang kedua. Utk syarat yg kedua pula, Abu Nawas menyuruh pemuda itu mengutip kembali semua isi bantal yg telah berterbangan setelah dikoyakkan supaya memasukkan isinya kembali dan dibentukkan semula menjadi sebuah bantal sepertimana asalnya.
Ketika ini pemuda itu mengadu yang dia tidak mampu menyempurnakan hajat Abu Nawas. Lalu Abu Nawas memberi pesanan kepada pemuda itu dengan pesanan yang cukup memberi kesan kepada sesiapa yang mendengar.
“Sekiranya kamu telah menfitnah aku dan orang yang telah mendengar berita fitnah kamu ke atas aku terus menyebarkan fitnah dan keburukan aku, apakah kamu mampu mengembalikan maruah aku seperti sediakala ketika sebelum aku difitnah? Nescaya kamu tidak akan mampu melakukan itu semula bukan? Maruah aku juga sama sekali tidak akan kembali seperti asal. Sebagaimana kekabu itu berterbangan, begitu juga fitnah tentang aku akan tersebar dan tidak dapat dibendung walau seribu kali aku memaafkan kamu”.. pemuda tersebut pergi dari tempat tersebut dengan seribu penyesalan.
Dosa memfitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Jika semua tuduhan2 yang dilemparkan itu benar2 fitnah, apakah mungkin kita dapat bertemu dengan orang yang kita fitnah itu untuk memohon maaf?
Sanggupkah kita menjadi orang yang muflis di akhirat nanti bilamana semua pahala amalan kita seperti solat, puasa, zikir, serta sedekah kita diberikan kepada orang yang kita fitnah?